SEMBELIT KRONIK


Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering. 
Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
  1. Kurang serat dalam diet.
  2. Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
  3. Pengubatan.
  4. Susu.
  5. Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
  6. Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
  7. Penyalahgunaan julap.
  8. Menahan untuk membuang air besar.
  9. Kekurangan air.
  10. Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
  11. Masalah dengan kolon dan rektum.

0 comments:

Post a Comment